Gempar !!! Pembangkang persoal 2 MP PN langgar SOP Kuarantin, hadir ke Dewan Rakyat

Gempar !!! Pembangkang persoal 2 MP PN langgar SOP Kuarantin, hadir ke Dewan Rakyat

Kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan persoalan adakah beliau telah melanggar prosedur operasi standar (SOP).

Ini kerana, mengikut SOP, mana-mana wakil rakyat dari Sabah yang datang ke Semenanjung perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari terlebih dahulu sebelum dibenarkan hadir di Parlimen.

Kehadiran Jeffrey itu menyebabkan beberapa wakil rakyat pembangkang meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberikan penjelasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Jeffrey tidak sepatutnya hadir.

“Saya difahamkan ada dalam kalangan kita baru pulang dari Sabah iaitu Keningau, yang sepatutnya berada dalam kuarantin atau tidak. Mohon speaker jelaskan perkara ini,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman turut tampil mempersoalkan kehadiran Jeffrey.

“Saya difahamkan Keningau hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada 12 Nov lalu.

“Jika dikira beliau tidak sepatutnya berada dalam dewan ini kerana asas kita dikuarantin adalah tidak mahu ahli Parlimen dalam Dewan ini dijangkiti Covid-19,” tegasnya.

Timbalan YDP Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman yang mempengerusikan mesyuarat kemudiannya meminta masa untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai Parlimen mengenai perkara itu.

“Berdasarkan jawapan rasmi daripada Parlimen, Keningau dibenarkan hadir dengan kebenaran klinik di Parlimen. Beliau dapat ‘release order’ selepas tamat kuarantin dari Kementerian Kesihatan,” katanya.

Mohd. Azis kemudiannya menuduh Dewan Rakyat “double standard” kerana membenarkan wakil rakyat pemerintah hadir sidang Parlimen.

Azalina menjelaskan sebarang perkara berkaitan SOP kesihatan di Dewan Rakyat boleh dipanjangkan kepada Yang Dipertua.

Sumber : https://thesabahtoday.news.blog/2020/11/24/langgar-sop-kuarantin-jeffrey-gapari-hadir-ke-dewan-rakyat/