Gempar !!! Peguam kanan hantar mesej dakwa keputusan mahkamah boleh diatur

Pendakwaan telah mengarahkan polis mendapatkan lebih banyak bukti berhubung dakwaan seorang peguam kanan bahawa keputusan mahkamah boleh diatur, kata Peguam Negara Idrus Harun.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, baru-baru ini.

“Selepas meneliti kertas siasatan, kami mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut,” katanya kepada FMT menerusi pesanan ringkas.

Peguam kanan hantar mesej dakwa keputusan mahkamah boleh diatur

Peguam Negara Idrus Harun berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, baru-baru ini.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan berkaitan isu itu telah diserahkan kepada pihak atasan.

Ketika itu, Wan Kamarul berkata beliau sedang menunggu arahan sama ada siasatan lanjut perlu dijalankan.

Difahamkan, polis telah merekodkan kenyataan lapan saksi termasuk tiga peguam dan seorang bekas pengarah undang-undang syarikat asing yang beroperasi di Malaysia.

Penyiasat turut merampas telefon bimbit pengarah undang-undang itu, serta satu komputer riba.

Pada 7 Jun lalu, seorang pembantu Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat laporan polis berhubung pesanan ringkas yang berpotensi memberikan gambaran buruk terhadap badan kehakiman.

FMT difahamkan, laporan polis itu antara lain termasuk pesanan ringkas kepada seorang pelanggan dari luar negara yang mendakwa “laluan dilindungi hingga ke peringkat Ketua Hakim Negara.”

Difahamkan, pesanan ringkas itu berkaitan dengan dua rayuan kes sivil yang bakal didengar di Mahkamah Rayuan.

Wan Kamarul berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 (1)(1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.

Wan Kamarul turut berkata siasatan dilakukan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah, selain Seksyen 504 kanun sama kerana penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan pelanggaran keamanan.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, dua peguam Lim Chee Wee dan Rosli Dahlan membuat laporan polis menafikan mempunyai pengetahuan terhadap pesanan ringkas yang menyebut nama mereka serta membincangkan isu yang didakwa mencemarkan imej badan kehakiman.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/01/peguam-negara-arah-siasatan-lanjut-pesanan-ringkas-peguam-cemar-imej-kehakiman/

BACA JUGA : Panas !!! Hari pertama masuk pejabat, Menteri sudah langgar SOP