Gempar !!! Musa Hitam dedah Anwar sepatutnya sudah lama jadi PM

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) berkenaan berkata, beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar memiliki kewibawaan untuk jawatan itu.

“Saya boleh cakap tanpa keraguan, dia layak sebagai Perdana Menteri.

“Dia ada karisma dan bagi saya, dia patutnya dah jadi Perdana Menteri,” katanya dipetik dari wawancara Mingguan Malaysia hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, “orang” yang berjanji kepada Anwar untuk jawatan itu tidak mengotakan janji tersebut.

“… ada seorang yang berjanji pada dia (Anwar), beberapa kali, kawan itu (Anwar) tunggu punya tunggu, akhirnya tetap tak jadi.

“Dulu kalau orang yang berjanji itu kasi pada dia, saya kata boleh, good idea. Tapi malangnya, orang yang berjanji itu tak kasi (tertawa),” katanya.

Musa sebelum ini sudah berbelas tahun tidak mahu mengulas mengenai politik tanah air dalam media arus perdana dan media sosial.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) itu meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/anwar-patut-dah-jadi-pm-kata-musa-hitam/

COMMENTS

Wordpress (0)