Gempar !!! Muhyiddin mesyuarat Ketua Parti bincang cadangan bubar Parlimen?

Muhyiddin

Muhyiddin mesyuarat Ketua Parti bincang cadangan bubar Parlimen. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu dengan semua pemimpin dari partinya hari ini.

Sumber dalaman parti berkata tempat pertemuan belum diputuskan tetapi ia mungkin diadakan di Pejabat Perdana Menteri.

“Pertemuan itu dijangka diadakan selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini,” katanya

Muhyiddin

Katanya, mereka akan membincangkan mengenai sokongan majoriti Muhyiddin dan atur langkah seterusnya.

Salah satu agenda dalam mesyuarat itu dikatakan untuk mempercepatkan sidang Parlimen minggu depan dan membubarkan Parlimen.

“Nampaknya ada tekanan pada perdana menteri untuk membuat usul undi percaya lebih awal dan tidak menunggu hingga persidangan Dewan Rakyat September ini,” katanya, sambil menambah bahawa keputusan mengenai perkara itu dijangka dibuat hari ini.

Ketika ditanya spekulasi bahawa Muhyiddin mungkin akan meletakkan jawatan, katanya: “Kalau beliau nak letak jawatan, beliau sudah lama buat tetapi sekarang ini semua kena ikut undang-undang.”

Tambah sumber itu, Ahli Parlimen yang berpihak kepada Muhyiddin masih menyokongnya.

Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen Umno telah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan pentadbirannya melalui pengumuman awam atau akuan bersumpah (SD).

Blok pembangkang mempunyai 105 Ahli Parlimen dari Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, MUDA dan Amanah. Ini termasuk bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, dari parti Bebas. Dengan 15 Ahli Parlimen dari Umno, jumlah mereka yang tidak menyokong Muhyiddin adalah 120 daripada 220 Ahli Parlimen, meninggalkan perdana menteri itu dengan hanya 100.

Seorang lagi pemimpin parti berkata mereka akan membincangkan kemungkinan membubarkan Parlimen tetapi “masih belum konkrit”.

“Kita akan bincang perkara ini dalam pertemuan hari ini,” katanya kepada FMT.

Katanya, sekiranya Parlimen dibubarkan, ia sama ada akan mencetuskan pilihan raya umum (PRU) atau kerajaan ‘caretaker’.

“Tetapi ini bukan masa yang tepat PRU. Kita akan tunggu untuk tengok apa yang semua (pemimpin parti) katakan hari ini,” tambahnya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/muhyiddin-dijangka-jumpa-pemimpin-pn/

BACA: Panas !!! Beberapa siri mesyuarat politik Muhyiddin dilapor hari ini