Gempar !!! Muhyiddin ke Rusila pujuk Hadi terima MP DAP?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memaklumkan perkembangan terbaharu kedudukan kerajaan Perikatan Nasional akibat penarikan sokongan 14 orang ahli Parlimen UMNO.

Menurut sumber, Muhyiddin antara lain memaklumkan beliau mempunyai sokongan lebih 20 orang ahli Parlimen pembangkang dari PKR, Amanah dan Dap bagi meneruskan kerajaan ini sehingga masa yang sesuai diadakan pilihan raya umum.

muhyiddin

Abdul Hadi tidak dapat hadir dalam mesyuarat Perikatan Nasional semalam berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sejak beberapa hari lalu, Muhyiddin dikatakan telah menerima akuan bersumpah (SD) dari ahli Parlimen pembangkang secara individu yang menyatakan sokongan tanpa syarat kepada Muhyiddin dan tidak akan berada dalam kerajaan.

Muhyiddin dikatakan menggunakan formula Barisan Nasional Perak yang mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP Perak tanpa berada dalam kerajaan ketika menjalankan operasi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Berita Penuh : https://suara.tv/12/08/2021/muhyiddin-jumpa-hadi-bincang-sokongan-20-ahli-parlimen-pembangkang/

 

BACA JUGA :

120 MP perlu berkorban untuk bentuk sebuah kerajaan yang stabil

Siapa PM? Ahli Parlimen Umno serah kepada kebijaksanaan Agong

Panas !!! MP PH disebut akan lompat parti tampil beri penjelasan