Gempar !!! Muhyiddin dilapor cadang pembubaran parlimen?

Muhyiddin

Muhyiddin dilapor cadang pembubaran parlimen. Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Khas Kabinet hari ini bahawa beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin membuat keputusan meletakkan jawatan Perdana Menteri termasuk mencadangkan pembubaran Parlimen memandangkan tiada seorang pun calon memiliki majoriti solid untuk diangkat sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan posisi itu.

Perkara ini dimaklumkan salah seorang Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) kepada SuaraTV.

Muhyiddin tiba di pintu 1 Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari bagi mempersembahkan keputusan dan cadangannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin

 

Selebum itu pas memaklumkan,Pas menafikan berita tular mengatakan parti itu menarik sokongan dan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan serta-merta.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu dalam akaun Twitter beliau hari ini.

“Palsu,” ciapan beliau dengan memuatn aik hantaran poster berita palsu itu.

Terdahulu, tular satu poster mendakwa Pas menarik sokongan dan keluar daripada PN dengan serta-merta dan berunding dengan mana-mana parti politik bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kukuh serta stabil seiring Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Berita Penuh : https://suara.tv/16/08/2021/muhyiddin-letak-jawatan-cadang-bubar-parlimen/

BACA: Pemuda Umno cadang wujud kerajaan Interim bermodelkan perpaduan