Gempar !!! MP Umno akui sudah tandatangan sokongan Anwar sebagai PM

Gempar !!! MP Umno akui sudah tandatangan sokongan Anwar sebagai PM

Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang MP Umno akui membuat pengakuan kepadanya bahawa beliau telah menandatangani sokongan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

anwar

Shahidan Kassim

Ahli Parlimen Arau itu mendakwa, wakil rakyat itu menandatangani sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta seorang individu kenamaan.

“Pengakuan seorang Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa dia tandatangan untuk menyokong Anwar, di depan presiden dan di depan Anwar dan depan seorang kenamaan, jadi saya rasa ini satu kesalahan yang perlu diambil tindakan.

“Tapi benda ini (seorang Ahli Parlimen tandangan sokong Anwar) berlaku 7 Jun lepas,” katanya ketika sidang media hari ini yang turut disiarkan secara langsung Astro Awani.

Anwar ibrahim

Anwar Ibrahim

Katanya pendedahan itu antara tiga bukti jelas menunjukkan Zahid melanggar ketetapan parti.

“Persidangan Agung Umno terang sebut bahawa menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sampai PRU, PAU juga kata ‘No Anwar, No DAP’,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/22/shahidan-dedah-sorang-wakil-rakyat-mengaku-tandangan-sokong-presiden-pkr-depan-zahid-anwar-7-jun-lalu/