Gempar !!! MP dedah pemimpin Bersatu bakal pegang 8 jawatan dalam syarikat agensi k’jaan

Gempar !!! MP dedah pemimpin Bersatu bakal pegang 8 jawatan dalam syarikat agensi k’jaan

ADAKAH BENAR SEORANG AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PPBM BAKAL MEMEGANG 8 JAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT-SYARIKAT AGENSI KERAJAAN?

1. Urus tadbir Kerajaan Perikatan Nasional melalui amalan Scheme of things semakin keterlaluan dengan lambakan lantikan politik bagi mengisi jawatan tertentu dalam agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dilihat berpotensi menjejaskan prestasi syarikat tersebut.

2. Amalan tidak sihat yang berlaku dalam Mara Corporation Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA), sejak berlakunya episod ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lepas amat membimbangkan. Kini keadaan semakin membarah apabila terdapat lantikan-lantikan yang bakal dibuat melibatkan institusi pengajian tinggi MARA.

3. Berdasarkan laporan media seperti Sinar Harian dan The Edge serta semakan dengan beberapa sumber pemberi maklumat menunjukkan bahawa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu Dato’ Suhaili Abdul Rahman telah dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan MARA antaranya seperti berikut:-
i. Mara Corporation Sdn Bhd
ii. Pelaburan Mara Berhad
iii. PMB Tijari Berhad
iv. Mara Incorporated Sdn Bhd
v. Glocal Link (M) Sdn Bhd

4. Selain daripada memegang 5 jawatan Lembaga Pengarah bagi syarikat-syarikat tersebut, lebih membimbangkan lagi apabila terdapat laporan yang menyatakan bahawa pimpinan PPBM yang sama ini bakal dilantik sebagai Ahli Lembaga pengarah 3 lagi syarikat iaitu Kolej Polytech Mara Sdn Bhd (KPTM), Med Bumikar Mara Sdn Bhd (MBM) dan Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd (UniKL)

5. Ini menimbulkan pelbagai persoalan antaranya:

i. Benarkah Dato’ Suhaili Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Bahagian PPBM kini memegang 5 jawatan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan Mara Corporation Sdn Bhd dan bakal memegang keseluruhan 8 Ahli Lembaga Pengarah?

ii. Bagaimana kerajaan Perikatan Nasional boleh membiarkan Scheme of things terus berlaku ketika mana frontliners sedang bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa rakyat manakala rakyat biasa terpaksa berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi?

iii. Berapakah pulangan atau elaun yang diterima oleh beliau serta apakah keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan pelaburan, dana atau perbelanjaan yang telah dibuat semenjak beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi setiap syarikat tersebut?

iv. Adakah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden PPBM tahu dan sedar mengenai perkara ini berlaku dikalangan pimpinan tertinggi PPBM memandangkan beliau juga merupakan YAB Perdana Menteri?

6. Saya menuntut penjelasan terbuka daripada YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam isu ini dan mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulakan siasatan terhadap perkara ini.

7. Sewajibnya persidangan Parlimen perlu disegerakan bagi memastikan proses semak dan imbang berlaku agar kita dapat mengelakkan kemungkinan berlakunya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

Sekian.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sumber :