Gempar !!! Mesej tular Khairuddin ditahan di SJR bersama Mawar kini terjawab….

Tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakwaan ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen dari PAS tampil menjawab dakwaan tersebut:-

KENYATAAN MEDIA

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;
(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.
Sekian, terima kasih.

YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Berita penuh : https://themalaysialife.com/tular-khairuddin-ditahan-bersama-mawar-di-sjr-ini-jawapan-menteri/

COMMENTS

Wordpress (0)