Gempar !!! Menteri Umno jumpa PM untuk perletakan jawatan beramai-ramai?

Umno

Sebahagian besar Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO dikatakan berjumpa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang tadi bagi memaklumkan keputusan meletak jawatan beramai-ramai rentetan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam, seperti yang dilaporkan oleh SuaraTV.

PAU 2020 memberi mandat kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO menentukan tarikh peletakan jawatan tersebut dan majoriti menteri dari UMNO dilaporkan bersetuju dengan usul parti untuk meninggalkan Kerajaan PN jika diarahkan parti.

Seorang pegawai Menteri memaklumkan keputusan beramai-ramai diambil berikutan ucapan beberapa pemimpin UMNO yang menganggap mereka telah dijadikan kambing hitam dalam isu kerjasama politik dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Manakala seorang Timbalan Menteri memberi respon, “Jika kedudukan kami sebagai Menteri dan Timbalan Menteri jadi menyusahkan parti, maka jalan terbaik adalah meletak jawatan segera supaya tidak lagi dijadikan ‘punching bag’.”

Selain ucapan pembahas, ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga disambut baik oleh perwakilan kecuali ucapan dati Pengerusi Hubungan UMNO Perlis, Dato Seri Shahdan Kassim yang menimbulkan sedikit kekecohan para perwakilan..

Bagaimanapun sebarang peletakan jawatan ini dikatakan tidak akan menggugat kerajaan darurat kerana kedudukan Perdana Menteri adalah atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong tanpa memerlukan sokongan majoriti Parlimen.

Berita Penuh :https://www.tuncarlos.com/2021/03/sebahagian-menteri-umno-jumpa-pm-untuk.html

COMMENTS

Wordpress (0)