Gempar !!! Menteri PN gagal kuarantin kendiri pulang dari Sabah, kini positif Covid-19?

Gempar !!! Menteri PN gagal kuarantin kendiri pulang dari Sabah, kini positif Covid-19?

Seorang menteri PN dilaporkan positif Covid-19 hari ini. Menurut sumber, semua kakitangan yang terbabit dengan menteri terbabit termasuk agensi beliau turut menjalani swab test hari ini.

Menteri yang pulang dari Sabah ini malangnya sebelum ini dilihat tidak menjalani kuarantin kendiri sebaliknya terus menghadiri program sebuah Yayasan Dakwah di Masjid di negeri Kelantan.

Beliau turun ke Sabah ketika kehangatan kempen PRN Sabah untuk menjalankan aktiviti di bawah kementerian yang diterajuinya di sana termasuk menyampaikan sumbangan dan lain-lain.

Menteri yang dilantik bukan dari parti politik ini bagaimanapun dilihat gagal menjalani kuarantin kendiri setelah pulang dari Sabah sehingga netizen memberi teguran demi teguran namun seperti tidak diendahkan.

Menurut sumber, Menteri berkenaan masih berada di Tuaran Sabah pada 24 September yang lalu dan apabila pulang sahaja terus menghadiri program di beberapa negeri termasuk mempengerusikan mesyuarat berkaitan kementerian yang dipegangnya.

Disamping beliau turut berkhutbah jumaat di masjid sebuah Universiti tempatan setelah pulang dari Sabah.

Kakitangan agensi-agensi dibawah beliau hari ini gempar apabila terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19 secara tiba-tiba.

Sama-sama kita tunggu perkembangan lanjut…

Sumber :