Gempar !!! Media Singapura dedah ‘Rampasan Kuasa Dalaman’ Umno

Umno

Media Singapura dedah ‘Rampasan Kuasa Dalaman’ Umno. Umno sedang mempertimbangkan “rampasan kuasa dalaman” yang akan menyaksikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disingkirkan, tetapi kerajaan tetap utuh, menurut satu laporan Singapura.

Straits Times melaporkan pemimpin Barisan Nasional mengadakan perbincangan susulan ketegangan antara kerajaan dan Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Menurut laporan akhbar Singapura itu, kebanyakan pemimpin BN terbuka untuk kekal dalam pentadbiran pimpinan Perikatan Nasional, tetapi beberapa Ahli Parlimen Umno mahu Muhyiddin digantikan.

Menurut laporan itu, Muhyiddin menolak desakan untuk berundur, manakala sebahagian individu dalam Umno menggesa Naib Presidennya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dinamakan perdana menteri interim.

Media

“Tidak jelas bagaimana melaksanakannya, jika PM tidak mahu berundur,” kata sumber.

Dengan majoriti tipis, desakan menukar perdana menteri memerlukan hampir semua penyokong kerajaan, termasuk daripada Bersatu yang diketuai Muhyiddin menyokong tindakan itu.

“Persoalan lebih penting ialah siapa yang menjadi nombor dua?” kata seorang lagi sumber merujuk cita-cita pemimpin Bersatu seperti Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Menurut laporan itu, seorang pegawai Bersatu yang enggan dinamakan berkata, mereka sedar ada individu dalam kalangan Umno yang mahu Ismail dinamakan perdana menteri interim, walaupun tiada desakan rasmi.

Desakan semakin meningkat dalam beberapa hari ini untuk Muhyiddin meletak jawatan bersama pemimpin kanan kerajaan lain seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun dan Peguam Negara Idrus Harun.

Umno turut menggesa Ahli Parlimennya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan menjauhkan diri daripada Putrajaya susulan ketegangan dengan Istana Negara.

Laporan Straits Times turut memetik bekas menteri, Nazri Aziz sebagai berkata, kira-kira 30 Ahli Parlimen mengadakan pertemuan pada Sabtu malam lalu dan bersetuju “berdiri teguh dalam kerajaan”.

“Kita tidak boleh meninggalkan kerajaan sekarang kerana kita tidak boleh mengadakan pilihan raya ketika gelombang Covid-19 ini, dan adakah anda mahu Anwar Ibrahim ambil alih?” katanya merujuk presiden PKR dan ketua pembangkang.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/02/umno-pertimbang-rampasan-kuasa-dalaman-singkir-muhyiddin-menurut-laporan/

BACA :”Kami kena keluar rumah sewa, nak ke rumah emak”