Gempar !!! Lokman dakwa Dr Noor Hisham dipaksa ‘putar belit’ angka Covid-19

Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sekali lagi tampil di dalam sebuah video membuat pendedahan yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia apabila mendakwa angka Covid yang diumumkan telah dimanipulasi oleh pihak kerajaan.

Menurut Lokman Adam pembatalan disaat akhir laporan harian Covid yang sebelum ini dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah digantikan dengan kenyataan media. Lokman juga menyatakan menurut sumber beliau Dr. Noor Hisham telah diminta untuk mengubah data berkaitan kes Covid bagi menghalalkan perlaksanaan darurat.

“Untuk makluman tuan-tuan, maklumat dalaman yang kita terima, ini khabar angin jangan percaya, siasat dulu. Khabar angin yang kita terima adalah Tan Sri Dr Noor Hisham berasa dukacita kerana sekali lagi beliau diminta untuk mengubah angka sebenar Covid-19 bagi menghalalkan darurat”, ujar Lokman di dalam video beliau.

Lokman juga meminta pihak polis supaya menyiasat perkara tersebut sekiranya benar telah berlaku penipuan berkaitan dengan manipulasi data Covid-19 di Malaysia.

Berita penuh : https://infonegarakini.com/panas-dr-noor-hisham-dipaksa-berbohong-angka-covid/

COMMENTS

Wordpress (0)