Gempar !!! Lelaki ini terkejut… Ingatkan jadi sukarelawan vaksin Pfizer, rupanya vaksin dari China

Gempar !!! Lelaki ini terkejut… Ingatkan jadi sukarelawan vaksin Pfizer, rupanya vaksin dari China

Tadi saya dihubungi oleh seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh.

Berkenaan permohonan untuk menjadi sukarelawan vaksin.

Rupa-rupanya, vaksin ini bukanlah jenis Pfizer yang dibeli oleh kerajaan tetapi sejenis vaksin baharu yang masih belum diberi nama. Vaksin ini dari China.

Panjang lebar diterangnya tadi.

Kajian ini akan diadakan selama setahun.

Maksudnya, dalam masa setahun ini, saya perlu ke Hospital Sungai Buloh sekurang-kurangnya enam kali. Saya akan mendapat dua dos suntikan vaksin baharu ini. Kemudian, segala kesan akan dipantau sepanjang tempoh itu.

Banyaklah pantang larangnya.

Antaranya, saya tidak boleh mempunyai anak selama setahun.

Ha sudah. Seram pula dengarnya.

Kemudian, saya tidak boleh menerima suntikan Pfizer ini kerana badan saya telah disuntik oleh vaksin lain.

Baru haritu rasa nak jadi hero. Sekarang macam nak kena fikir banyak kali pula.