Gempar !!! Laut muncul cahaya kebiruan, penduduk mula keresahan

Beberapa hari lalu, Indonesia gempar dengan fenomena laut di Selatan Jawa yang dipercayai bercahaya sehingga timbul dakwaan bahawa ia petanda gempa bumi yang akan berlaku di wilayah itu tidak lama lagi.

Pun begitu, gambar laut yang bercahaya itu sebenarnya telah dirakam oleh satelit dari National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) AS yang mengesan kewujudan ‘Milky Seas’ di laut Selatan Jawa.

Menurut Makassar Terkini, para penyelidik AS itu menemui kewujudan fenomena tersebut di timur Lautan Hindi atau lebih tepat di selatan Jawa.

Laut muncul cahaya kebiruan, penduduk mula keresahan

Penemuan tersebut adalah berdasarkan pengimejan dari alat pengesan laut yang iaitu Day/Night Band (DNB).

‘Milky Seas’ yang dikesan di Selatan Jawa itu berlaku pada tahun 2019 dengan luas 100,000 meter persegi atau seluas Iceland. Namun, ia hanya dapat dikesan pada waktu malam sahaja.

Sementara itu, penyelidik Pakar Utama dalam Oseanografi Gunaan di Pusat Penyelidikan Laut, Agensi Penyelidikan dan Sumber Manusia, Kementerian Hal Ehwal Laut dan Perikanan, Dr Widodo Setiyo Pranowo mengatakan bahawa ‘Milky Seas’ berlaku ketika permukaan berubah warna menjadi seakan putih susu sehingga ia dapat dilihat dari satelit.

Menurutnya, fenomena tersebut mungkin disebabkan oleh warna pengcahayaan yang dipancarkan oleh organisma laut seperti mikro atau nano plankton yang mengandungi fosfor sehingga kelihatan seperti bersinar di laut gelap pada waktu malam.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/10/tiba-tiba-betukar-biru-fenomena-laut-bercahaya-gemparkan-penduduk-di-selatan-jawa/

BACA JUGA : Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik Pengerusi AIM baharu