Gempar !!! Khairuddin saman Muhyiddin berhubung darurat

Gempar !!! Khairuddin saman Muhyiddin berhubung darurat

Bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabasahan untuk menasihati Yang DiPertuan Agong mengisytiharkan darurat.

Dalam saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Khairuddin mengemukakan soalan perundangan untuk dijawab mahkamah mengenai sama ada Muhyiddin, yang didakwanya telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh menasihati Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuat pengisytiharan darurat. – FMT