Gempar !!! Khairuddin dakwa diserang pihak yang mesra dengan pemimpin Umno

Gempar !!! Khairuddin dakwa diserang pihak yang mesra dengan pemimpin Umno

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali mendakwa serangan terhadapnya membabitkan skandal tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) didalangi pihak yang mesra dengan pimpinan Umno.

“Sebahagian pimpinan Umno pun sedang bersemangat turut menyerang,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu dalam catatan di Facebook.

Bagaimanapun, Khairuddin yang juga pengarah strategi PAS berkata, tindakan itu tidak menghalangnya untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) demi kepentingan ummah.

Malah, beliau memberi jaminan hubungan baik yang terjalin bersama pimpinan Umno juga tidak terjejas.

Pada 27 Mei lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Dis, 6 Jan dan 11 Mac yang didakwa berkaitan tanah milik LGM dan penglibatan Khairuddin dalam skandal tanah itu.

Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation pada harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun, dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki, sedangkan harga pasaran sekitar RM1,400 sekaki.

Dakwaan itu disokong bekas pengerusi LGM, Ahmad Nazlan Idris yang menuduh Khairuddin campur tangan dalam skandal tanah agensi itu.

Terdahulu, LGM hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan maklumat kurang tepat berkaitan isu pajakan dan penjualan tanah miliknya.

LGM turut mengulangi tiada perjanjian pajakan atau transaksi jual beli yang ditandatangani mana-mana pihak berhubung dua lot tanah di Jalan Ampang itu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/02/serangan-skandal-tanah-lgm-didalangi-pihak-mesra-pimpinan-umno-kata-khairuddin/