Gempar !!! Khabar angin bertiup kencang ada menteri akan letak jawatan

Gempar !!! Khabar angin bertiup kencang ada menteri akan letak jawatan

Tersebar khabar angin mengatakan Menteri Pertahanan akan letak jawatan dalam masa terdekat.

Berita ini tersebar sejurus sahaja Ismail Sabri muat naik satu hantaran di facebook beliau. Dalam hantaran di facebook, beliau menulis “Saya dah tutup pintu hadapan, tetapi….” dengan meletakkan gambar dirinya membuka pintu hadapan pejabatnya.

Hantaran penuh teka-teki Ismail Sabri Yaakob mengenai “pintu depan” petang tadi mengundang ulasan ramai pihak, termasuk ahli politik.

Ada yang seakan bersimpati dengan menteri pertahanan itu, namun ada juga yang menyindirnya.

Antaranya ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang menyuarakan kebimbangan akan masa depan negara apabila ia menunjukkan Ismail seperti tiada keyakinan atau kawalan untuk menjaga “pintu depannya” sendiri.

“Ini Menteri Pertahanan Malaysia. Kalau dia tak ada keyakinan/kawalan terhadap pintu depan sendiri, bayangkan nasib Malaysia.

“Masa ‘total lockdown’ pun masih ada masa untuk post macam ini sedangkan banyak lagi syarikat tak tahu bagaimana nak mohon kelulusan untuk terus bekerja. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini saya dah tak tahu macam mana nak komen,” ulasnya di Facebook.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii, mentafsirkan hantaran Ismail sebagai “ada pihak lebih besar yang mengubah keputusan” dibuat.

Dia berkata sekatan pergerakan penuh wajar mengikut garis panduan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tegas.

“Selagi perdana menteri terus berkurung di Seri Perdana dan tidak mahu berjumpa wartawan dan rakyat, keputusan-keputusan akan menjadi kelam kabut.

“Bersabarlah wahai menteri pertahanan, teruskan dengar suara rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Berita penuh : https://themalaysialife.com/terkini-ismail-sabri-akan-umum-perletakan-jawatanya-dalam-masa-terdekat/