Gempar !!! Kerajaan Negeri Melaka bakal buat pengumuman penting petang ini

Kerajaan negeri dijangka akan mengadakan satu sidang media khas bagi membuat pengumuman penting pada petang ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka akan mengetuai pengumuman pada sidang media tersebut yang diadakan kira-kira pukul 3 petang ini di Jabatan Ketua Menteri di Seri Negeri.

Selain itu, satu sumber memberitahu Kosmo!, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang rapat menerusi panggilan telefon pada malam tadi.

Kerajaan Negeri Melaka bakal buat pengumuman penting petang ini

Sumber itu berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Ab. Rauf, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan membuat pengumuman itu nanti.

“Tunggu sahaja jemputan untuk semua media nanti. Tun bagaimanapun sudah membuat keputusan hasil perbincangan itu dan ia akan diumumkan hari ini,” kata sumber tersebut ketika dihubungi.

Mohd. Ali ketika ini tidak dapat menerima sebarang kunjungan hormat sehingga Khamis ini kerana menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari bermula 30 September lalu.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/05/pengumuman-khas-petang-ini-speaker-dun-melaka/

BACA JUGA : Panas !!! Bekas MT Bersatu dedah Muhyiddin jadi punca konflik politik tak berkesudahan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Gempar !!! Kerajaan Negeri Melaka bakal buat pengumuman penting petang ini […]