Gempar !!! Kejutan buat kerajaan PN hari ini…

Gempar !!! Kejutan buat kerajaan PN hari ini…

Kerajaan Perikatan Nasional dijangka melalui ujian getir apabila pembangkang cuba melakukan usaha terakhir untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Persidangan di Dewan Rakyat hari ini akan dimulakan dengan sesi soal jawab diikuti dengan penggulungan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas penggulungan kedua-dua kementerian tersebut, Tengku Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 untuk diluluskan.

Selepas itu, semua Ahli Parlimen akan memberikan undian sama ada menyokong ataupun menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh kerajaan PN.

Dipercayai pembangkang akan mengemukakan undi belah bahagi bagi memutuskan sama ada belanjawan itu diterima atau ditolak.

Sekiranya Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan, ia akan dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan PN telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen bagi mentadbir negara.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114803/KHAS/Belanjawan-2021/Kerajaan-PN-lalui-ujian-getir-di-Parlimen-hari-ini

COMMENTS