Gempar !!! Jika gagal panggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari, Umno anggap kerajaan PN derhaka

Gempar !!! Jika gagal panggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari, Umno anggap kerajaan PN derhaka

Gagal panggil sidang parlimen? Umno memberi 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, kegagalan kerajaan mematuhi titah itu dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi raja-raja.

gagal panggil sidang

“Sebagai sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela Institusi Raja-raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan Umno, mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.”

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara kerana menyedari peranan penting Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan Covid-19.

Ia disusuli kenyataan bersama Raja-raja Melayu yang berpandangan tiada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos dan menggesa Dewan Undangan Negeri bersidang semula secepat mungkin.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/21/umno-beri-14-hari-untuk-kerajaan-panggil-sidang-parlimen/