Gempar !!! Hasnul mengadap Tuanku bukan atas kapasiti Bersatu

Gempar !!! Hasnul mengadap Tuanku bukan atas kapasiti Bersatu

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengesahkan beliau dititah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Hasnul Zulkarnain berkata, beliau menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada 11.50 pagi dan ia berlangsung selama kira-kira 10 minit.

Beliau berkata, pertemuan itu mempunyai kaitan dengan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Saya hanya dipanggil seorang sahaja, tidak menerima arahan mewakili Bersatu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu.

Sebelum itu, beliau adalah wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan pada Sabtu setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar semasa Persidangan Dun sehari sebelumnya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650818/saya-dipanggil-seorang-sahaja-menghadap-tuanku-adun-titi-serong

COMMENTS