Gempar !!! Gunung Fuji bakal meletus “trending” di Twitter

Pihak berkuasa Jepun hari ini menolak spekulasi Gunung Berapi Fuji bakal meletus selepas gempa bumi berukuran 4.8 skala Richter melanda kawasan itu.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan itu menggegarkan kawasan sekitar gunung tersebut, kira-kira 100 kilometer ke barat Tokyo.

Namun, tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan dilaporkan susulan gempa tersebut.

Gunung Fuji bakal meletus "trending" di Twitter

Gunung Fuji

Tanda pagar ‘letusan Gunung Fuji’ menjadi trending dalam Twitter dengan ada pengguna media sosial menyatakan Tokyo bakal ditimpa ‘malapetaka’ sekiranya Gunung Fuji meletus dan keadaan diburukkan dengan pandemik Covid-19.

Kali terakhir gunung itu meletus adalah lebih 300 tahun lalu, namun masih aktif sehingga kini.

Pihak berkuasa terdahulu memaklumkan, letusan besar akan menyebabkan rangkaian pengangkutan di Tokyo terjejas dan lebuh raya akan lumpuh sekurang-kurangnya selama tiga jam.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun menyatakan, tiada data menunjukkan gunung berapi itu bakal meletus dalam masa terdekat.

BACA JUGA : 32 pelajar, pensyarah Kolej Matrikulasi positif Covid-19
Panas !!! Cadangan penggabungan PKR dengan Amanah adalah idea asal Azmin

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)