Gempar !!! Dilapor bakal menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, ini penjelasan Anwar

Dilapor bakal menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, ini penjelasan Anwar. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menafikan laporan spekluasi mengenai pertemuan di antara dia dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Ali Rustam berhubung kemelut kerajaan negeri terbabit.

Bercakap kepada media di Pantai Teluk Kemang, Port Dicksn hari ini, Anwar berkata dia tidak menerima sebarang jemputan bagi menemui Mohd Ali.

Dilapor

BACA JUGA : Mat Sabu dedah peranan sebenar Lim Guan Eng dalam proses selamatkan Tabung Haji

“Ada berita sebelum ini yang mengatakan saya mohon menghadap (Mohd Ali). Tidak… permohonan untuk saya menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka belum ada,” katanya.

Semalam politik Melaka menjadi perhatian ramai ekoran wujud inisiatif digelar sebagai “Langkah Melaka” yang disebut-sebut sebagai cubaan menukar kerajaan negeri.

BACA JUGA : Wanita sangka berjaya rakam UFO, rupanya satelit NASA

Bagaimanapun seorang sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini inisitiaf berkenaan bukan digerakkan oleh mana-mana individu dalam PH. Sebaliknya, kata sumber itu, ia berpunca daripada konflik dalaman membabitkan parti yang menjadi kerajaan Melaka.

Ditanya untuk mengesahkan wujud cubaan menukar kerajaan dan menjatuhkan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, Anwar yang juga presiden PKR menjawab: “Itu you tanya Melakalah.”

BACA JUGA : Salah buat gaya rambut, salun diarah bayar RM1.13 juta

Disoal lebih lanjut Anwar berkata ada orang tertentu memaklumkan mengenai pergolakan di Melaka tetapi setakat apa yang diketahuinya, tidak ada sesuatu pun yang konkrit.

Sementara itu ditanya mengenai pertemuan di antara Anwar dengan 11 Adun PH Melaka di Petaling Jaya – yang disahkan berlaku oleh sumber PKR – pada malam semalam, Anwar menjelaskan ia adala pertemuan biasa.

Kata Anwar dia memang ada membuat perbincangan dengan pemimpin PH di peringkat negeri termasuk dari Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/593730

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Gempar !!! Dilapor bakal menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, ini penjelasan Anwar […]