Gempar !!! Dijangka lebih ramai MP PKR dan WARISAN akan lompat parti

Gempar !!! Dijangka lebih ramai MP PKR dan WARISAN akan lompat parti

Hari ini Larry Sng (Julau) dan Steven Chong (Tebrau) lompat parti.

Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali sedang mensasar dua lagi dari PKR akan ikut lompat dalam masa terdekat iaitu Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Maria Chin (Petaling Jaya).

Selain dari dua orang tersebut, 4 orang Ahli Parlimen dari Warisan juga dijangka akan melompat menyokong Muhyiddin.

Muhyiddin dan Azmin sedang berusaha membeli sekurang-kurangnya 10 orang Ahli Parlimen untuk menyokong Perikatan Nasional bagi memperkukuh kedudukan mereka.

Ekoran Julau dan Tebrau telah menyokong Muhyiddin dan Perikatan Nasional maka tiba-tiba Parlimen akan bersidang pada 8 Mac nanti. Maknanya, darurat yang diisytiharkan bukan kerana Covid19, tetapi untuk membolehkan Muhyiddin dan Azmin ada ruang mencatur politik jahat mereka.

Berbalik kepada Steven Chong dan Larry Sng. Tindakan Steven Chong tidak menghairankan kerana beliau adalah kartel Azmin di dalam PKR sejak sekian lama.

Larry Sng pula sebelum ini adalah dari block bebas yang amat pro kepada Taib Mahmood di Sarawak. Bapanya Johnson Sng adalah sahabat baik Taib Mahmood. Difahamkan Johnson Sng adalah broker Azmin untuk membeli Ahli Parlimen. Azmin dan Zuraida yang membawa masuk Larry Sng ke dalam PKR. Walau bagaimanapun dalam pertembungan Azmin-Rafizi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti, Larry mengambil keputusan berada dalam team Rafizi iaitu R20T. Ini berikutan jangkaan Rafizi akan memenangi jawatan tersebut.

Oleh yang demikian adalah tidak menghairankan apabila mereka berdua bertindak keluar dari PKR menyertai Perikatan Nasional.

Dalam politik amat sukar mencari rakan yang setia untuk kebaikan rakyat dan negara. Sebaliknya terlalu ramai yang bersikap “talam dua muka” dan opportunis demi kepentingan peribadi.

PKR sudah menghadapi keperitan dan kepayahan yang lebih daripada ini untuk tempoh lebih 20 kehadirannya dalam persada politik tanahair. Anggotanya yang setia telah, sedang dan akan sentiasa bersedia berjuang untuk keutuhan parti demi keadilan buat rakyat.

Kalau takut kepada risiko
Usah bicara soal perjuangan

Salam Reformasi.

Sumber: