Gempar !!! Darah bertukar jadi nanah lepas disuntik Sinovac?, Ini penjelasannya

Darah bertukar jadi nanah lepas disuntik Sinovac? Ada orang post yg mengatakan jika bekam lepas vaksin sinovac, darah tu seolah2 bertukar kepada nanah.

Kalau cucuk pfizer pula, ia bertukar jadi air kuning seolah-olah seperti air kencing.
Ok takpelah. Kita bagi penerangan sedikit.

Darah ni sebenarnya ada beberapa bahagian iaitu:
– Plasma dan juga bahagian
– Darah.

darah

BACA JUGA : Panas !!! Hari pertama PM, Ismail Sabri sudah jadi ‘lauk’ kemarahan orang ramai

Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah tu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma dibahagian atas yg selalunya berwarna kuning sperti ‘Air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak. Selalunya staff lab akan describe ia sebagai lipaemic sampel disebabkan terlalu banyak lemak.

So, sampel darah yg ditunjukkan lepas bekam tu adalah sampel darah yg normal. Kalau orang tak vaksin pun akan menghasilkan keputusan yg sama. ia tiada kaitan dgn vaksin sebenarnya. Mohon jgn terpedaya dgn individu tidak berkelayakan.

Sumber :