Gempar !!! Dapat moratorium tapi tempoh pinjaman bertambah lagi 2 tahun?

Gempar !!! Dapat moratorium tapi tempoh pinjaman bertambah lagi 2 tahun?

Tempoh panjang pembayaran semula sewa beli kenderaan bagi peminjam yang mengambil moratorium dengan pihak bank bergantung kepada keadaan kewangan pengguna.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh bayaran lebih panjang ditawarkan pihak bank merupakan opsyen yang diberikan kepada peminjam bagi meringankan beban mereka.

“Setiap bank mempunyai skim berbeza. Ia bergantung kepada anda dan pihak bank. Jika boleh bayar dalam tempoh 12 bulan, buat 12 bulan. Kalau 24 bulan, buat 24 bulan.

“Paling penting adalah kerajaan berjaya yakinkan semua bank untuk menawarkan moratorium bagi meringankan beban rakyat,” katanya pada sidang akhbar Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/29/tempoh-bayaran-pinjaman-bergantung-keupayaan-pengguna/

BACA JUGA : Panas !!! Pas tak setuju dengan kempen kibar bendera putih