Gempar !!! Cubaan sabotaj bekalan air Selangor kantoi lagi

Gempar !!! Cubaan sabotaj bekalan air Selangor kantoi lagi

Loji kumbahan ini dimiliki oleh Indah Water Konsortium (IWK), bukan Air Selangor.

IWK adalah anak syarikat yang dimiliki oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Mereka diberi konsesi merawat air kumbahan di seluruh Selangor, dan hampir seluruh Malaysia kecuali beberapa PBT dan negeri.

IWK yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh dikatakan memonopoli perniagaan merawat air taik di seluruh negara.

Siapa Pengerusi IWK?

Pengerusi IWK adalah Ahli Parlimen BN/PN dari Sarawak. Namanya Ahmad Johnie Zawawi.

Ahmad Johnie dilantik sebagai Pengerusi IWK pada 13 Mei 2020. Beliau salah satu Ahli Parlimen BN/PN yang diberi jawatan GLC selepas Langkah Sheraton berlaku.

Pendek kata.

1. Pengerusi IWK: Ahmad Johnie (GRS-PN)
2. Menteri Air dan Alam Sekitar: Tuan Ibrahim (PAS-PN)
3. Menteri Kewangan: Tengku Zafrul (PN)

Kepala dan bos-bosnya semua PN.

Tapi kenapa pula kerajaan Selangor tiba-tiba dipersalahkan??

Sumber :

COMMENTS