Gempar !!! Bukti sejarah hubungan Islam Kelantan – Acheh habis licin ‘disodok’ pemaju

Gempar !!! Bukti sejarah hubungan Islam Kelantan – Acheh habis licin ‘disodok’ pemaju

Pada tahun 2019…di Kelantan, bukan dalam hutan tetapi di bandar Kota Bharu ditemukan nisan-nisan daripada abad ke-13 yang sama rekabentuknya yang banyak digunakan di Samudera Pasai pada abad yang sama di mana direkodkan terawal pada tahun 1226M.

Penemuan ini disokong dan disahkan oleh tiga pihak iaitu Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia yang mengkaji tapak Tamadun Sg. Batu di Kedah, disokong juga oleh Dr Yunus seorang pensyarah kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang merupakan pengkaji penemuan kerangka berusia 8000 tahun di Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan dan ia juga disokong oleh MAPESA selaku pengkaji tamadun Samudera Pasai – Aceh mengesahkan ia adalah bukti bahawa kedatangan Islam di bumi Kelantan adalah seawal 1200M atau lebih awal.

Dan ini disokong juga dengan penemuan Al-Julus bertarikh 577H (1181M).

Dengan pengesahan dan sokongan sebegitu, apa kesan kepada POLITAIK?

Masuk telinga kiri…U-TURN balik..tak keluar pun telinga kanan, jauh sekali nak turun ke hati.

Sebaliknya kita pula dituduh sebagai agen pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri.

BODO..!!!!Akhir sekali…tetap terjual kepada pemaju Cina untuk dibinakan kondo di atas tanah kubur tersebut walhal pemindahan isi makam Islam sangat chakduh dan ala kadar.

Selesai sodok….tanah itu tetap terbiar kerana pemaju dah rasa tanah itu tidak berdaya saing dan tiada orang sanggup untuk melabur.

Bila bukti kedatangan Islam awal di Kelantan di sodok dan dihilangkan, lepas tu boleh pulak masa ceramah POLITAIK ni sembang bahawa tok nenek dia adalah JAHILIAH tak ubah jahiliah Mekah seolah tidak beragama dengan tujuan untuk menunjukkan keturunan mereka lahir adalah dipilih Allah daripada tok nenek yang jahil walhal Raja Sakti pengasas dinasti Jembal itu daripada abad ke-17 yang nyata sudah Islam dan berilmu tinggi. Dan lebih nyata tok nenek dia tu pun tok nenek orang lain juga yang kami tahu dia dah ISLAM.

Sekarang tanah tapak arkeologi Tamadun Sg.Batu di Kedah daripada 788SM sezaman dengan Nabi Yunus di bawah seliaan Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin sendiri pun diorang nak sodok untuk buat penempatan dan jalan.
BODO…bertingkat.

Sekian.

Sumber :