Gempar !!! Bos tak bagi cuti, staff letak jawatan beramai-ramai

Lebih 20 pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat bertindak meletak jawatan beramai-ramai selepas mendapat tahu mengenai insiden seorang pengurus yang menengking seorang pelatih hanya kerana dia ingin memohon cuti bagi menjaga kucingnya yang nazak, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut salah seorang pekerja terlibat yang berkongsikan mengenai perkara itu di laman Reddit, dia dan beberapa rakan sekerjanya menyaksikan insiden tersebut ketika sedang bekerja.

Pengurus berkenaan dilaporkan menengking pelatih tersebut dengan menyatakan bahawa kucing bukanlah manusia. Pelatih berkenaan turut tidak dibenarkan untuk mengambil cuti melainkan ‘manusia’ yang sedang nazak.

Gempar !!! Bos tak bagi cuti, staff letak jawatan beramai-ramai

Lelaki tersebut mengaku bahawa dia sudah tidak tahan bekerja di syarikat itu yang telah memotong gaji para pekerjanya meskipun mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Tambah lelaki tersebut, perkara itu sepatutnya dibincangkan secara tertutup, namun pengurus berkenaan menengking dengan kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja terdengar perbualan itu.

Dia turut mengaku bahawa sudah tidak tahan bekerja di syarikat itu yang telah memotong gaji para pekerjanya meskipun mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Beberapa pekerja turut merancang untuk berhenti kerja sehingga hujung tahun ini, namun insiden tersebut telah membuatkan mereka berasa ‘hilang sabar’ untuk terus bertahan di situ.

Selepas beberapa pekerja menghantar surat berhenti, kira-kira 10 pekerja lain bertanyakan mengenai hal tersebut dan dalam hanya beberapa hari, perkara itu mula tersebar.

“Lebih 20 pekerja kemudiannya menghantar email berhenti kerja yang kemudiannya disekat oleh pengurusan syarikat bagi mengelakkan lebih ramai lagi pekerja mengambil tindakan serupa,” kata lelaki tersebut.

Susulan insiden itu, pengurus terbabit dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko kehilangan kerja.

“Saya tidak berasa simpati kepadanya kerana dia seorang yang menjengkelkan. Namun, keluarganya akan susah kerana dia tidak mempunyai skil-skil pemasaran selain Power Point,” kata lelaki itu.

BACA JUGA : Program kerajaan sendiri langgar SOP, Khairy luah rasa kesal
Panas !!! Klinik terkenal di Melaka ubah keputusan Covid-19 pesakit dari positif jadi negatif

Artikel ini disiarkan pada 13/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)