Gempar !!! Bocor kelulusan dewan di Pagoh bernilai RM35.4 juta waktu darurat

Gempar !!! Bocor kelulusan dewan di Pagoh bernilai RM35.4 juta waktu darurat

Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan RM35.4 juta yang akan dibelanjakan bagi membina sebuah dewan di kawasan Parlimennya, Pagoh.

Akmal mendakwa sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial.

Jika isi kandungan surat tersebut sahih, Akmal mempersoalkan jika wajar untuk mengeluarkan belaja jutaan ringgit untuk sebuah dewan di saat negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan petugas barisan depan atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP)?” soal Akmal dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan maklum balas berkenaan perkara ini.

Akmal turut menyatakan bahawa tarikh surat itu sama dengan dengan pengumuman penguatkuasaan darurat, iaitu 11 Januari.

“Adakah ini bermakna ketika darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan parlimen digantung?

“YAB perdana menteri, kami mohon pencerahan,” katanya lagi

Untuk rekod, Muhyiddin sudah tujuh penggal menjadi ahli parlimen Pagoh.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub turut mendakwa terdapat rundingan langsung berhubung projek terbabit.

“Khabarnya (terdapat) rundingan langsung untuk bina dewan orang ramai RM35 juta. Kalau benar inilah bala darurat.

“Nak soal di mana? Pintu parlimen dikunci. Sembang di kedai mamak, pintu penjara terbuka. Nak bergayut di pagar istana apakan daya.

“RM35 juta belanja (untuk) rakyat masa Covid-19 ini bukankah bagus,” ciapnya di Twitter. – MK