Biro Politik Umno bincang langkah seterusnya malam ini

Biro Politik Umno bincang langkah seterusnya malam ini

Biro politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Sumber memberitahu FMT, mesyuarat dijadual pada 8 malam itu akan diadakan di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti dengan tahap pematuhan SOP ketat.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno mendesak kepimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/20/biro-politik-umno-mesyuarat-malam-ini-bincang-langkah-seterusnya/