Gempar !!! Bekas atlet renang lapor polis dakwa terima video lucah

Gempar !!! Bekas atlet renang lapor polis dakwa terima video lucah

Bekas perenang kebangsaan Cindy Ong membuat laporan polis berhubug tindakan individu tidak dikenali menghantar video lucah kepada melalui media sosial.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, dia berkata telah menerima video memaparkan seorang lelaki sedang melakukan onani di Instagram, dua hari lalu.

Menurutnya, video itu dihantar oleh akaun bernama “Solehunter8”.

Katanya lagi, dia kemudian mendapati akaun itu tidak lagi dapat diakses setelah dia menyiarkan tangkap layar video tersebut di akaunnya.

Dalam tangkap layar itu, dia telah menanda pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam).

“Saya percaya kejadian ini mempunyai kaitan dengan kenyataan media saya sebelum ini mengenai gangguan seksual dalam sukan.

“Ini bukan kali pertama saya menerima gangguan seperti itu dan saya ingin menghentikannya.

“Tujuan laporan ini adalah untuk memastikan Solhunter8 dihukum dengan sewajarnya,” katanya dalam laporannya pada 5 Jun.

Bulan lalu, Ong, 36 memberitahu Malaysiakini bahawa seorang bekas jurulatih renang negara telah mencabulnya ketika dia masih remaja.

Dia kemudian mendapati individu itu juga telah mencabul sekurang-kurangnya 10 atlet lain.

Lelaki berkenaan berusaha untuk mengganggunya lagi ketika dia berusia 20-an.

Seorang lagi bekas perenang negara yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu Malaysiakini dia pernah melihat jurulatih berkenaan melakukan onani di hadapan perenang lelaki kira-kira dua dekad yang lalu.

Jurulatih yang didakwa berbuat demikian itu tidak lagi berada dalam pasukan renang kebangsaan tetapi masih mengajar renang.

Sejak dakwaan itu dibangkitkan, Majlis Sukan Negara (NSC) telah menghubungi Ong dan meminta diberi ruang untuk meneliti isu tersebut.

NSC juga memaklumkan atlet kebangsaan boleh melaporkan aduan mengenai salah laku atau gangguan melalui [email protected] atau telefon di talian 03-8992 9778 atau 03-8992 9809.

Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican dan timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga telah berjanji untuk menyiasat dakwaan Ong.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/577782