Anwar dedah wujud ‘kelompok pengkhianat’ baru dalam PKR

Anwar dedah wujud ‘kelompok pengkhianat’ baru dalam PKR

Anwar dedah wujud ‘kelompok pengkhianat’ baru dalam PKR. Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran beliau tidak mahu parti itu kembali dibelenggu dengan “kelompok pengkhianat” dalaman yang memecah-belahkan PKR satu ketika dahulu.

“Saya sebut ini ada kaitan dengan apa yang diperhatikan dan sampai kepada saya.

“Jangan izinkan ia (kelompok pengkhianat) muncul baik dari kekuatan pemimpin, kerajaan negeri atau (benarkan) tokoh-tokoh untuk bina kelompok kecil yang memungkinkan kelompok yang kita alami dulu,” kata Anwar ketika merasmikan Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

PKR, sebelum ini, dilanda krisis akibat perbalahan berterusan yang melibatkan penyokong Anwar dan timbalannya ketika itu Mohamed Azmin Ali.

Anwar dedah wujud 'kelompok pengkhianat' baru dalam PKR

Perbalahan itu memberi kesan, bukan sahaja kepada PKR tetapi juga menggugat keutuhan Pakatan Harapan.

Azmin dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” yang menyebabkan kerajaan PH tumbang dan beliau kini menjadi menteri kanan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Berucap secara maya pada kongres PKR, Anwar berkata beliau mengimbau kembali pengkhianatan lalu kerana tidak mahu episod tikam-menikam kembali berulang dalam kalangan saf parti.

“(Kelompok pengkhianat) kemudian akan menikam parti kerana ketaatan mereka itu terhadap kelompok yang menjaga mereka dan dibiaya untuk perkuat kedudukan mereka bukan bersandarkan kepada parti dan perjuangan,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Justeru, beliau menggesa akar umbi dan semua peringkat pimpinan parti kembali menggilap idealisme perjuangan dengan menolak rasuah dan salah guna kuasa yang pernah membelenggui PKR.

“Sejarah kita juga tak lepas dari pengkhianatan. Sejarah kita juga ada bibit-bibit apabila pemimpin itu diberi sedikit kuasa, (mereka) mengumpul kekayaan luar biasa. Dalam PKR juga ada suaranya bila bercakap berdegar-degar tetapi bila diberi kuasa dia korup.

“Ini harus diberi peringatan kepada kita bukan saja pimpinan tetapi saki baki penyokong yang terpalit kerana pada masa itu saudari kabur dan tak dapat melihat kerana ukurannya adalah curahan wang itu,” katanya.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar berharap parti itu dapat mengadakan kongres khas pada akhir tahun ini selepas berakhirnya perintah kawalan pergerakan.

Kongres Nasional PKR diadakan sepenuhnya secara maya hari ini dengan lebih 2,000 perwakilan mengambil bahagian melalui aplikasi Zoom.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/20/pastikan-kelompok-pengkhianat-tidak-muncul-semula-anwar-desak-pemimpin-ahli-pkr/

 

BACA JUGA : https://www.inforakyat.net/azmin-dedah-tindakan-tun-m-hampir-gagalkan-usaha-tukar-kerajaan-ph/