Gempar !!! Amerika penyumbang dana terbesar makmal virologi Wuhan, tempat asal usul Covid-19

Gempar !!! Amerika penyumbang dana terbesar makmal virologi Wuhan, tempat asal usul Covid-19

Institut Virologi Wuhan diberikan geran persekutuan berjumlah beratus-ratus ribu dolar lebih banyak daripada jumlah yang diumumkan oleh ketua penasihat dasar kesihatan Presiden Joe Biden, Dr. Anthony Fauci kepada Kongres, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Maklumat yang diperoleh kumpulan pemantau Judicial Watch menerusi beberapa e-mel tersebut menunjukkan bahawa Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID) memperuntukkan dana berjumlah AS$826,277 (RM3.4 juta) kepada makmal virologi Wuhan sepanjang tempoh enam tahun yang berakhir pada 2019.

Dana itu disalurkan menerusi pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan yang berpangkalan di New York, EcoHealth Alliance.

Bagaimanapun, Fauci yang merupakan pengarah NIAID sejak sekian lama, memberitahu sebuah jawatankuasa Kongres pada 25 Mei lalu bahawa komitmen dana tersebut adalah berjumlah AS$600,000 (RM2.4 juta) dan untuk tempoh lima tahun sahaja.

Pembiayaan AS kepada makmal itu sedang disiasat di tengah-tengah kontroversi yang mendakwa bahawa koronavirus berasal daripada kebocoran makmal di Wuhan itu yang seterusnya mencetuskan pandemik paling buruk di dunia.

Berdasarkan carta dalam e-mel tersebut, Institut Virologi Wuhan antaranya menerima AS$133,595 (RM551,480) untuk tahun fiskal 2014 dan AS$139,015 (RM573,853) pada 2015.

Bagi tempoh tiga tahun berikutnya, makmal itu menerima dana AS$159,122(RM656,855) dan AS$76,301 (RM314,970) bagi tahun fiskal 2019.

E-mel bertarikh 13 April 2020 daripada pegawai NIAID, Dr. Emily Erbelding menunjukkan dana bagi tahun 2019 merupakan ansuran pertama di bawah geran baharu AS kepada EcoHealth.

Biarpun Fauci menggambarkan pemberian dana oleh kerajaan persekutuan Amerika Syarikat bagi kajian di makmal Wuhan itu sebagai kerjasama skala kecil dengan pakar-pakar koronavirus China, e-mel bertarikh 15 April lalu daripada wakil Ketua Pengarah Perubatan dan Institut Kesihatan Negara (NIH),

Lawrence Tabak kepada Fauci dan pengarah NIH, Dr. Francis Collins menggambarkan kajian EcoHealth sebagai ‘penyelidikan seluruh dunia yang menjadikan Wuhan sebagai pusatnya’.

Sebagai tambahan kepada beberapa kajian di Wuhan, e-mel Tabak turut merujuk kepada fasiliti kajian serupa di Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan Myanmar.

Beberapa hari selepas e-mel Tabak, NIH memaklumkan kepada EcoHealth Alliance bahawa ia telah menghentikan pemberian baki wang geran tersebut.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/06/amerika-syarikat-penyumbang-dana-makmal-virologi-wuhan/