Gempar !!! Akhirnya Najib buka mulut mengapa Mahathir begitu membencinya

Gempar !!! Akhirnya Najib buka mulut mengapa Mahathir begitu membencinya

“Zaid menyifatkan kemarahan dan kebencian Mahathir terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan.”

Menurutnya, kemarahan Mahathir terhadap Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana beliau tidak pernah menghukum sesiapa pun termasuk dirinya sendiri kerana skandal kewangan.

Kebencian dan kemarahan Mahathir terhadap Najib berpunca apabila Ahli Parlimen Pekan itu mahu menjadi Presiden UMNO dan perdana menteri yang agak bebas daripada arahan dan telunjuknya.

Katanya, Mahathir marah Najib kerana Najib menolak permintaannya untuk dana yang besar untuk Proton, selain usaha Najib menjual Proton kepada kumpulan luar yang dapat menghidupkan semula Proton dan menghentikan kerugian besar.

Zaid Ibrahim ini tahu sebab dia bersama Mahathir masa dia mula bergerak secara umum menentang saya termasuk membawa Mahathir ke himpunan BERSIH.

Memang benar bahawa punca Mahathir benci saya bukan sebab 1MDB seperti yang saya tulis dahulu.

Dia memang tahu bukan saya yang rancang untuk songlap 1MDB.

Jika tak percaya, tanyalah soalan ini pada dia.

“Kenapa Najib yang “curi” RM2.6b (tapi sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian) tapi Goldman Sachs yang bayar RM16 bilion dan Ambank yang bayar RM2.83 bilion untuk selesaikan kes pula?”

Tengok dia jawab apa.

Dari tahun 2014 lagi (iaitu sebelum berita RM2.6b terkeluar) dia sudah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya seperti diakui oleh anak dia sendiri dalam mahkamah tinggi.

(PM8 juga pernah buat perkara yang sama dengan Pak Lah dan selepas itu juga tumbangkan Mahathir sendiri. Sebab itu, saya pecat dia dahulu – bukan sebab dia tanya mengenai 1MDB tapi sebab berkomplot dengan Mahathir bersama beberapa pegawai kerajaan)

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” kata Mukhriz dalam keterangan di Mahkamah Tinggi.

“13 Julai 2017: Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib”

https://www.mstar.com.my/…/mukhriz-mengaku-tun-m-jatuh…

Namun sebelum tahun 2014 pun, Mahathir sudah mula tidak gemar dengan saya apabila saya tolak cadangan dasar dia yang saya anggap ketinggalan zaman, tak adil pada Rakyat atau langsung tak masuk akal.

Dia juga bantah keras sebab saya laksanakan dasar gaji minima dan naikkan gaji penjawat awam (sebab dia mahu Malaysia tetap sebagai negara kos murah untuk tarik pelabur asing) serta dasar BR1M.

Seperti apa yang saya pernah tulis sebelum ini, Mahathir lagi marah pada saya sebab dia salahkan saya apabila anak dia kalah dalam pemilihan UMNO pada akhir tahun 2013 dan selepas itu kerajaan BN tolak permintaan dia sebagai Executive Chairman Proton untuk mendapat geran percuma sebanyak RM3 bilion untuk Proton.

Masa itu Proton sudah 100% milik swasta. Bagaimana pula kerajaan boleh beri wang RM3 bilion secara free kepada sebuah syarikat 100% milik swasta?

Lebih-lebih lagi, syarikat Proton rugi besar masa itu dan kita berpendapat bahawa memberi wang percuma berbilion-bilion pada Proton tanpa pembahuran dan rakan strategik tidak akan menyelematkan Proton.

“Just two months ago, Minister of International Trade and Industry (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed that Proton had requested a grant, but said it was not an unusual practice among local industry players. While he did not disclose the amount, it reportedly was as much as RM3 billion, although this was denied by Proton.”

“30 May 2014: Edge Weekly: Dr Mahathir as Proton chairman sparks debate”

https://www.theedgemarkets.com/…/edge-weekly-dr…

Ini juga berlaku pada awal tahun 2014. Sebab itu, anak dia kata dia dah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya pada tahun 2014 juga.

Sebab itu, Mahathir amat benci pada saya dan selepas dia jadi PM, dia kenakan saya dengan pelbagai jenis dakwaan mahkamah dan tindakan agensi kerajaan (yang diteruskan kerajaan PN).

Tak apalah. Dia nak benci saya buat selama-lamanya, dia punya hal.

Saya tetap tenang sebab saya yakin saya telah berusaha untuk buat paling baik untuk negara dan Rakyat (termasuk berjaya selamatkan Proton) dan saya bukan perompak, penyamun atau penyangak seperti sering diratib dia.
Najib ini cuma seorang sahaja daripada 32 juta penduduk Malaysia.

“18 April 2021: Dr Mahathir akan bertanding atas tiket Bersatu kerana masih marah Najib, Anwar”

https://malaysiagazette.com/…/dr-mahathir-akan…/

Sumber :