Gempar !!! Akhbar Israel lapor ‘hacker’ Malaysia godam 300,000 maklumat pelajar Israel

Gempar !!! Akhbar Israel lapor ‘hacker’ Malaysia godam 300,000 maklumat pelajar Israel

Akhbar Israel lapor ‘hacker’ Malaysia godam 300,000 maklumat pelajar Israel

Penggodam dari negara ini didakwa mencuri dan membocorkan maklumat peribadi hampir 300,000 pelajar Israel, lapor The Times of Israel.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai DragonForce Malaysia mengumumkan mereka telah membocorkan nama, nombor telefon, e-mel dan alamat rumah pelajar dari AcadeMe, salah satu rangkaian pengambilan pekerja dan siswazah terbesar di Israel, menurut laporan itu.

'hacker' Malaysia

Dalam tangkap layar mesej dihantar penggodam, yang dikongsi The Times of Israel, mereka menamakan operasi itu “#OpsBedil 2.0” dan menyeru agar “penggodam, organisasi dan aktivis hak asasi manusia” bersatu dan memulakan kempen terhadap Israel.

Maklumat kira-kira 280,000 pelajar dari 2014 hingga sekarang dibocorkan bersama kira-kira 100,000 alamat e-mel melalui aplikasi Telegram.

Antara institusi pengajian tinggi yang bekerjasama dengan AcadeMe termasuk Universiti Ben Gurion dari Negev, Universiti Tel Aviv, Open University, Universiti Bar-Ilan, Technion, dan Universiti Haifa, serta banyak kolej lain.

DragonForce Malaysia berkata, pembocoran maklumat berkenaan berkait konflik Israel selama 11 hari baru-baru ini dengan Hamas, kumpulan Islam yang menguasai Semenanjung Gaza.

DragonForce juga dilaporkan menggodam pelbagai rangkaian kamera litar tertutup Israel, termasuk di kediaman dan agensi kerajaan, bulan lalu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/28/laporan-israel-dakwa-hacker-malaysia-bocor-maklumat-pelajar/

JANGAN TERLEPAS:SKMM kantoi ‘beli’ akaun twitter budak tingkatan 3 jadikan akaun rasmi