Gempar !!! Ahmad Maslan dedah ada calon beri rasuah untuk raih undi

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan terdapat calon memberi rasuah dalam bentuk wang ringgit kepada pengundi bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Malaysiapost, Ahmad Maslan berkata, setakat ini pihaknya sedang mengumpul bukti mengenai kegiatan memberi sogokan kepada pengundi.

Beliau dalam satu temubual secara langsung bersama sebuah portal berita hari ini mengulas lanjut, “Ada satu laporan RM50, ada laporan beri RM100 (kepada pengundi).

Ahmad Maslan dedah ada calon beri rasuah untuk raih undi

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pagi ini saya dapat laporan daripada presiden Friends of BN, beliau dapat laporan daripada JR (Jalinan Rakyat) katanya RM300 di satu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tertentu.”

Justeru, beliau berharap laporan yang dibuat disertakan sekali dengan bukti wujud kegiatan membeli undi dalam kalangan calon parti tertentu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno itu menolak untuk mendedahkan nama parti calon yang didakwa terlibat dengan pembelian undi itu.

“Saya tidak mahu menyebut di kawasan mana tetapi percayalah kami telah menerima laporan-laporan itu.

“Ia bukan BN. Saya tidak mahu menyebut parti mana yang buat sebab kami mengumpul maklumat,” katanya lagi.

Susulan itu, Ahmad memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti isu pembelian undian di kalangan calon PRN Melaka.

“Mereka yang tidak suka perkara ini berlaku saya harap tampil ke hadapan dan mengumumkan berserta bukti-bukti supaya perkara ini dihentikan,” katanya.

BACA JUGA : Jho Low arah Najib jangan cakap banyak
Khidmat polis pengiring Najib kekal hingga rayuan mahkamah selesai

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Gempar !!! Ahmad Maslan dedah ada calon beri rasuah untuk raih undi […]