Gempar !!! Adun PH Johor adakan mesyuarat, krisis memuncak

Gempar !!! Adun PH Johor adakan mesyuarat, krisis memuncak

Semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan mesyuarat di sini, malam tadi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong, berkata mesyuarat itu diadakan berikutan perkembangan politik terkini Johor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang Khamis ini.

“ADUN Pakatan Harapan (PH) berpendirian, agenda kebajikan dan ekonomi rakyat hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.

“Isu ‘bread and butter’ dalam kalangan rakyat tidak boleh dikompromi, khususnya saat berdepan fasa sukar akibat pandemik coronavirus (COVID-19),” menurut kenyataan berkenaan.

Menerusi kenyataan itu, PH Johor beberapa kali mengajukan permohonan untuk bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bagi mengetengahkan isu rakyat tetapi belum mendapat respon positif.

“Seluruh jentera kerajaan dan wakil rakyat mesti digembleng tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan juga kepartian.

“PH Johor berpendirian, pergolakan politik tidak boleh memangsakan nasib rakyat terbanyak,” kata kenyatan berkenaan.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/09/728504/adun-pembangkang-johor-bermesyuarat