Gempar !!! Adun dedah jumlah mangsa Covid-19 dikebumi berganda dari angka diumum Jabatan Kesihatan

Adun

Adun dedah jumlah mangsa Covid-19 dikebumi berganda dari angka diumum Jabatan Kesihatan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri mempersoal ketepatan angka kematian rasmi pesakit Covid-19 di daerah Klang.

Wakil rakyat PKR itu mendakwa jumlah orang Islam yang dikebumikan akibat pandemik tersebut adalah hampir dua kali ganda daripada angka rasmi yang diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor.

Menurutnya, data JKN Selangor merekodkan kematian akibat Covid-19 di daerah Klang antara 16 Julai hingga 10 Ogos ialah seramai 266 orang.

Walau bagaimanapun, katanya, bagi tempoh sama, data Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan NGO yang dilantik Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menguruskan jenazah mangsa Covid-19 menunjukkan sejumlah 448 orang dikebumikan di daerah Klang bagi tempoh sama.

“Saya bertanya soalan ini kerana di Pelabuhan Klang, setiap hari ada saja ambulans kedengaran membawa jenazah dan ada juga yang meninggal dunia di rumah.

“Jadi, mereka yang meninggal dunia ini direkodkan sebagai apa? Sebab (perbezaan) angkanya jauh.

Adun

 

@media_selangorMohon Jabatan Agama Islam Selangor pantau ulat ‘tayammum’ yang kenakan caj sebanyak RM750 bagi uruskan jenazah pesakit Covid-19♬ bunyi asal – media_selangor

“Takkanlah tak ada mayat orang bukan Islam (yang meninggal akibat Covid-19), warga asing… adakah ini direkodkan?

“Tapi mengapa apabila rekod (rasmi) keluar, 183 saja kematian pada bulan Julai di daerah Klang?

“Timbul tanda tanya, adakah data ini saya boleh percaya atau tidak? Atau ada penjelasan yang tidak jelas dalam laporan data ini?” kata Azmizam di DUN Selangor.

Sehubungan itu, beliau menggesa JKN mengkaji semula data tersebut dan mendapatkan maklumat mengenai jenazah mana yang dianggap menjadi mangsa Covid-19.

Untuk rekod, JKN Selangor melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah 5,409 kes termasuk 125 kes korban hari ini.

Bagi daerah Klang sehingga jam 12 tengah hari tadi, JKN Selangor mencatatkan sejumlah 686 kes kematian dengan tertinggi 552 kes di mukim Klang manakala 134 kes lagi di mukim Kapar.

Adun

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/adun-selangor-dakwa-angka-korban-covid-19-oleh-jais-lebih-banyak-dari-jabatan-kesihatan/

BACA: [Video] Tak sengaja rakam bayang putih mundar mandir di Homestay