Gempak !!! Dua beradik renovate sendiri rumah mak, hasilnya macam hotel 5 bintang

Gempak !!! Dua beradik renovate sendiri rumah mak, hasilnya macam hotel 5 bintang

‘Renovate’ atau mengubahsuai kediaman seringkali menelan kos yang besar. Tetapi, jila dilakukan sendiri dengan kemhairan yang ada, tidak mustahil kediaman kampung biasa boleh bertukar 360 darjah menjadi seperti ruangan hotel dengan sentuhan moden.

Seperti perkongsian oleh Faisal Suhaimi yang menjadi tular dan telah menarik perhatian ramai warganet sehingga mendapat 4.9 ribu tanda suka dan 789 komen dalam tempoh tidak sampai tiga jam dimuat naik di Facebook Kelab Kaki Dec0.

Ramai yang kagum apabila melihat hasil ubahsuai rumah kampung milik ibunya ini dilakukan sendiri oleh beliau dan adik beradik. Tidak berkelip mata memandang, rumah kampung dahulunya kini telah berubah menjadi seperti hotel lima bintang dengan kos yang rendah. Memang sangat cantik!

Hasil kami adik-beradik renovate rumah mak, semua buat sendiri… ni pun ciduk idea dari Group ni… Alhamdulillah mak suka.

Ambik masa lebih kurang 1bulan sbb buat time free ja, tu yang lambat ..total habis deco bawah RM10k, tak ingat accurate bajet. So ni la hasilnyaa sebelum dan selepas.