Gelombang Omicron mungkin akan mula berlaku di Malaysia – Khairy

Gelombang Omicron mungkin akan mula berlaku di Malaysia .Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak besar kemungkinan gelombang varian Omicron akan bermula di Malaysia, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.

Justeru, menterinya, Khairy Jamaluddin dalam kemas kini di laman Twitter menegaskan, beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu.

“Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, antara langkah perlahankan penularan Omicron,” demikian kata Khairy dalam entri tersebut, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata dengan memperlahankan jangkitan Omicron, ia mampu mengelakkan sistem kesihatan awam menjadi lumpuh.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu, kebolehjangkitan Omicron > (lebih tinggi daripada) Delta.

“Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat,” ujarnya lagi.

Setakat semalam, Khairy memaklumkan jumlah keseluruhan varian itu di negara ini adalah sebanyak 64 kes.

Daripada jumlah tersebut, 63 daripadanya membabitkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan.

Jelas beliau, sebanyak 32 kes atau 50 peratus daripada keseluruhan jangkitan Omicron yang dikesan di Malaysia berlaku dalam kalangan jemaah umrah.

Antara langkah yang diambil kerajaan juga adalah dengan penangguhkan perjalanan umrah berkuat kuasa 8 Januari.

BACA:

Panas !!! 3 Menteri kini jadi sebutan bakal digugurkan dari kabinet
Sudah tujuh kali banjir dan ini paling buruk, kata penduduk Gemas
Bukan kepala air tetapi aliran dan banjir puing, kata pakar

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)