Biasa kita dengar, sebahagian masyarakat luar negara terutama yang mengalami cuaca sejuk dan kering tidak mandi setiap hari kerana badan mereka tidak mengeluarkan peluh dan tidak berbau.
Berbeza dengan cuaca di Malaysia iaitu cuaca panas dan lembab memerlukan kita untuk mandi setiap hari. Kalau tak, bau kepam semerbak!
Disebabkan sudah terbiasa, segelintir pelancong asing yang datang melancong ke sini tidak mandi dan mendakwa badan mereka tidak berbau.
Tular sebuah video di media sosial, video pasangan pelancong asing memaparkan pengalaman mereka mengembara dari Pulau Pinang ke Langkawi.
Namun, apa yang membuatkan ramai tergamam apabila pasangan itu mendedahkan bahawa mereka tidak mandi selama tiga hari di sana.
Jelas pasangan itu, mereka tidak mandi sejak berada di Penang kerana mendakwa air di hotel yang mereka menginap berwarna kuning.
“Kami tak mandi selama 3 hari… tapi tidaklah teruk sangat walaupun kami berpeluh banyak di Malaysia.
“Jangan kata air ini tidak berwarna kuning, juga bilik air kami seperti ini… dengan vibes hotel ini…” katanya.
@claireandpeterexcited to check out langkawi!!!!!!!♬ Au Revoir – Sweet After Tears
Menerusi video terbabit, pasangan itu menaiki bas ke Penang Ferry Terminal untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi.
Apabila sampai ke destinasi seterusnya, mereka mendakwa masih tidak mandi dan tukar pakaian tetapi terus baring di atas katil hotel.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengecam tindakan pasangan pelancong ini kerana tidak mandi dan mungkin membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa.
Menurut pasangan itu, mereka tidak mandi bukanlah disebabkan air kuning semata tetapi mereka lebih selesa tidak menggunakan air itu lebih-lebih lagi untuk minum.
Difahamkan, video terbabit dimuat naik pada tahun lepas di TikTok pasangan itu ketika mereka mengembara di sekitar Malaysia.
BACA: Betul ke air ketum mampu beri tenaga dan motivasi kepada tubuh badan?