Gara-gara tersalah hantar emoji ‘penumbuk’ dalam group whatsapp, kanak-kanak perempuan dibelasah

Gara-gara tersalah hantar emoji ‘penumbuk’ dalam group whatsapp, kanak-kanak perempuan dibelasah.Satu video yang menunjukkan remaja lelaki menendang dan memukul kanak-kanak perempuan menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Kompas.com, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dengan nama @infotibandung itu menjelaskan, mangsa yang dipukul merupakan murid sekolah rendah, manakala remaja lelaki yang memukulnya pula pelajar sekolah menengah.

“Insiden itu dilaporkan berlaku di Sarijadi, Bandung dan video itu menunjukkan kanak-kanak perempuan tersebut hanya mendiamkan diri apabila dia dipukul dan ditendang oleh remaja lelaki berkenaan.

“Kejadian itu berlaku akibat tersalah hantar emoji dalam Whatsapp,” jelas kapsyen yang tertulis pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Sukasari, Darmawan mengesahkan insiden tersebut yang berlaku pada 4 Oktober lalu.

Katanya, mangsa tersalah menghantar mesej Whatsapp kepada remaja lelaki tersebut iaitu emoji tumbukan.

“Remaja lelaki itu kemudiannya beranggapan mangsa sengaja mahu cari gaduh lalu berjumpa dengannya dan terus memukulnya,” ujarnya.

Menurut Darmawan, mangsa berusia 12 tahun manakala pelajar lelaki yang memukulnya berumur 14 tahun.

Sementara itu, keluarga kedua-dua pelajar tersebut sudah berdamai dan memberi jaminan kepada polis untuk sentiasa memantau anak-anak mereka.

BACA: Berita gembira buat rakyat Selangor, bekalan air kembali pulih

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA: Gara-gara tersalah hantar emoji ‘penumbuk’ dalam group whatsapp, kanak-kanak perempuan dibelasah […]