Gara-gara tabur fitnah di Dewan Negara, netizen bongkar sijil palsu Timb Menteri

Gara-gara tabur fitnah di Dewan Negara, netizen bongkar sijil palsu Timb Menteri

Kehangatan isu penipuan Timbalan Menteri Komunikasi di Dewan Negara semalam terus hangat diperkatakan.

Ia menjadi hangat kerana setelah kenyataan separa masak Timbalan Menteri tersebut beberapa portal mengeluarkan artikel tersebut dan netizen mula memandang serong terhadap Veveonah.

Setelah rakan-rakan dan pihak Universiti tampil mempertahankan Veveonah barulah netizen sedar mereka telah di ‘scam’ oleh Timbalan Menteri tersebut.

Sejurus selepas itu Timbalan Menteri meminta maaf namun kemarahan netizen mula memuncak apabila serangan bertali arus di lama sosial Timbalan Menteri dilancarkan netizen seluruh negara.

Tidak cukup dengan itu kini para netizen mula membongkar latar belakang Timbalan Mneteri ini yang pernah terpalit dengan isu sijil palsu diawal lantikan sebagai Timbalan Menteri.

Pengguna Twitter bernama @nizambakeri menulis “Fitnah student di Dewan Negara tak datang exam, dia punya MBA pun from fake uni. Just google North California Global University. The audacity, I tell you.”

Serangan netizen terhadap Timbalan Menteri ini nampaknya tiada kesudahan sebagaimana para netizen menyerang Menteri Sawit kerana langgar Kuarantin.

Segala kritikan dan serangan netizen ini nampaknya seperti tidak dipandang oleh Menteri dan Timbalan Menteri ini. Kelihatan mereka seperti buat bodoh sahaja. Ataukah mereka sememangnya bodoh?

Sumber :