Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong

Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong. Sebelum ini, pernah kecoh di media sosial tentang gelagat segelintir ibu bapa yang merungut dengan jumlah duit raya yang diterima anak mereka. Sampaikan ianya menjadi satu isu perbalahan di mana ramai yang mengkritik perkongsian ibu bapa itu.

Pemberian duit raya sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajib diberikan tetapi lebih kepada sedekah dari tuan rumah kepada tetamu. Tidak kiralah berapa jumlah yang diberikan, tetamu perlulah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bercakap mengenai duit raya, baru-baru ini tular perkongsian tentang tuan rumah yang menyediakan satu tong besar berisi duit syiling untuk diberikan sebagai duit raya. Kalau selalunya duit raya diletakkan di dalam sampul, lain pula inisiatif yang dilakukan oleh tuan rumah ini.

Kelihatan tuan rumah menyediakan sebuah tong besar yang menyimpan begitu banyak duit syiling di dalamnya. Dia kemudiannya akan memberikan beg plastik kepada kanak-kanak yang hadir dan meminta mereka mengambil segenggam duit raya mereka sendiri.

@shazeilzainal Panic Raya.. Tak dan tukar duit raya…simpan sini kngan #raya2022 #GagauAjerLaa ♬ Rancak Raya – Chorus – Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz


Menurut pemilik video, dia telah lama menyimpan koleksi duit syiling itu dan menjaganya dengan begitu baik sekali. Malah dia juga siap menggunakan minyak bayi untuk mengelakkan daripada duit syiling itu bertukar menjadi karat.

Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai netizen yang memuji idea kreatif yang diberikan. Apa yang pasti, duit raya yang diberikannya ini pasti meninggalkan kenangan indah buat kanak-kanak yang hadir.

“Akhirnya ada juga yang buat macam ni. Terima kasih merealisasikan impian saya walaupun duit sis.”

baca:

Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar

Wanita salahkan GPS, pandu SUV rempuh turun tangga

Pengguna terkejut aplikasi TnG eWallet dibuang dari Apple store

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong […]