Gara-gara pengakuan palsu di ‘IIUM Confessions’, penulis tafsir terpalit fitnah

Gara-gara pengakuan palsu di ‘IIUM Confessions’, penulis tafsir terpalit fitnah.Nama baik penyelidik dan penulis sebuah siri buku tafsir tercemar selepas seorang individu tidak bertanggungjawab menjaja kisah palsu yang mengaitkan dirinya di laman Facebook IIUM Confessions baru-baru ini.

Laman Facebook IIUM Confessions yang popular sebagai platform perkongsian kisah masyarakat itu mempunyai sejumlah 537,145 pengikut.

Penulis tersebut, Ahmad Saifuddin Yusof berkata, beliau menerima banyak kiriman mesej berhubung artikel pengakuan berjudul Suami Aku Ustaz Facebook daripada orang ramai yang bertanya sama ada watak dalam kisah tersebut adalah dirinya.

Tangkap layar hantaran Ahmad Saifuddin berhubung status artikel yang dikaitkan dengan dirinya hari ini.
“Ada orang mengesyaki lelaki yang dimaksudkan ialah diri saya memandangkan akronim nama ASY sama dengan nama saya Ahmad Saifuddin Yusof.

“Kedua, ditulis ‘ustaz’ itu penulis tafsir sekian-sekian dan saya pula bersama beberapa orang lain ada menulis dan menerbitkan Tafsir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Ahmad Saifuddin yang merupakan Ketua Projek Tafsir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dihubungi Kosmo! berkata, pengendali laman Facebook IIUM Confession telah menghubunginya dan memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

palsu

“Individu itu menulis bahawa suaminya seorang penulis kitab tafsir, mempunyai puluhan ribu pengikut, tidak bekerja 24 jam dan lelaki itu sering memaksa dia menghasilkan hantaran berbentuk keagamaan untuk status Facebook.

“Berdasarkan cerita yang ditulis itu langsung tidak sama dengan kehidupan saya. Watak lelaki itu turut merokok dan saya bukan seorang perokok,” katanya.

Berikutan itu, pengendali IIUM Confessions mengemukakan permohonan maaf kerana tulisan tersebut didapati sengaja dihasilkan untuk menjatuhkan nama baik seseorang.

“Minggu ini terdapat dua pengakuan yang rupa-rupanya menuju kepada individu yang spesifik dan bukannya ‘anonymous’ tidak merujuk kepada nama atau sesiapa seperti mana yang kami sangka pada awalnya.

“Ini adalah kenyataan khas untuk memulihkan semula nama baik seorang individu yang sangat banyak memberi jasa dalam memandaikan umat iaitu Tuan Ahmad Saifuddin Yusof sendiri,” katanya hari ini.

Katanya, pengendali IIUM Confession sudah memadam tulisan pengakuan tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menyiarkan kiriman pengakuan oleh pembaca dan pengikut mereka.

“Penulis tidak konsisten dalam menetapkan identiti dirinya melalui e-mel dan penulisannya jelas menjadikan medium kami sebagai tempat untuk menatijahkan rasa iri serta dengki pada usaha baik seseorang,” katanya hari ini.

berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/19/asy-bukan-saya-itu-pengakuan-palsu-di-fb/

BACA: Gempar !!! ‘Diana’ dedah jadi mangsa seksual pendakwah terkenal

COMMENTS

Wordpress (0)