Gara-gara member liat nak bayar hutang RM5000, gadis ini nekad tuntut hutang masa member atas pelamin

Gara-gara member liat nak bayar hutang RM5000, gadis ini nekad tuntut hutang masa member atas pelamin

Untuk menyimpan dan dapatkan wang dalam masa singkat, ramai orang memilih taktik ‘main kutu’ di mana ia disertai dengan penglibatan beberapa orang.

Namun di sebalik semua itu, semuanya akan menjadi kacau jika ada 1 orang yang mengelat dan berhenti secara tiba-ba sejurus wang diperolehi padahal rotation belum habis.

Gara-gara member liat nak bayar hutang RM5000, gadis ini nekad tuntut hutang masa member atas pelamin

Hutang tu banyak…RM5000++ boleh diguna untuk beli sebuah motorsikal

Hal itulah yang dialami oleh wanita bernama Ayu ni. Pun begitu, nampaknya dia punyai cara tersendiri untuk menuntut semula hutang kutunya selepas setahun bersabar.

Jelasnya, dia bersama beberapa individu lain terjerat dengan taktik seorang perempuan yang enggan melunaskan baki kutu. Padahal mereka semua sudah memasukkan duit sekitar RM5000 seorang.

Ayu muncul atas pelamin & terus tagih hutang lama

Keluarga sudah dihubungi, namun usaha itu ibarat mencurah air ke daun keladi
.

@ayuwess_Ada yang kenall ???

♬ suara asli – ayuwess_

Justeru ketika si penipu bernama Dewi itu sedang melangsungkan persandingan, Ayu muncul ke sana untuk menagih hutang lama. Setelah melihat kelibat Ayu, pengantin wanita terbabit mula terkulat-kulat dan menjelaskan hal sebenar kepada si suami.

Ayu buntu segala usaha tuntut wang gagal, akhirnya pilih cara kasar

Si suami cuba bercakap baik-baik sebelum Au turun semula dari pentas. Meskipun ada yang beranggapan tindakannya itu mengaibkan pengantin di hari bahagia, Ayu akui dirinya terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan semula duitnya. Laporan polis pernah dibuat, tapi ia tetap tidak selesai. Sebab itulah dia nekad menggunakan cara sebegini.

BACA:

“Aku sampai tak tidur malam berjaga, tapi Allah uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar sampai ada hubungan intim dengan suami orang!”