Gara-gara grafik ‘Menteri Air Suam’, Fahmi Reza disiasat polis

Gara-gara grafik ‘Menteri Air Suam’, Fahmi Reza disiasat polis

Pereka grafik Fahmi Reza telah disiasat oleh polis semalam berkaitan dengan dua karya poster beliau berkaitan dengan Menteri Kesihatan yang dinamakan sebagai Menteri Air Suam.

Menurut Fahmi, beliau telah dipanggil ke Balai Polis Putrajaya semalam dan disiasat di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.

Fahmi bergambar di depan Ibu Pejabat Polis Putrajaya selepas habis disoal siasat oleh polis berkaitan dua karya beliau.

“Aku dituduh memfitnah Kementerian Kesihatan dengan karya grafik satira aku,” kata Fahmi menerusi Twitter beliau.

Namun, kata Fami, beliau tidak akan mengaku salah dan akan melawan tuduhan ini dengan berkata, “Aku akan lawan tuduhan ini.”

Fahmi Reza disiasat polis kerana karya grafik satira Menteri Air Suam

Fami sebelum ini menghasilkan grafik muka Najib Razak yang berwajah pelawak ‘clown’ dan menjadi penyumbang kejatuhan Najib yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/fahmi-reza-disiasat-polis-kerana-karya-grafik-satira-menteri-air-suam/