Gara-gara dilahirkan ke dunia tanpa persetujuannya, wanita ini nekad saman ibu bapanya sendiri

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara dilahirkan ke dunia tanpa persetujuannya, wanita ini nekad saman ibu bapanya sendiri.

Tidak ku pinta, lahir ke dunia”, mungkin itulah lagu yang sempat terlintas di benak fikiran saat mengetahui kisah gila seorang wanita luar negara ini.

Nama Kass Theaz menjadi bualan hangat di media sosial setelah bertindak menyaman ibu bapanya atas satu sebab mengejutkan.

Gara-gara dilahirkan ke dunia tanpa persetujuannya, wanita ini nekad saman ibu bapanya sendiri

Saya tak diberitahu perlu membesar & mencari kerja untuk tanggung diri saya

Menerusi TikTok Kass Theaz, dia akui telah memfailkan saman ke atas 2 orang tuanya kerana dilahirkan ke dunia itu tanpa keizinan.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah keputusan yang diambil oleh Kass. Jelas Kass, dia tidak dimaklumkan lebih awal dia akan membesar menjadi dewasa dan perlu mencari kerja apabila masanya tiba.

Saya tak ‘benarkan’ diri sendiri dilahirkan ke dunia

Antara fakta lain yang disuarakan adalah kegagalan ibu bapanya ‘menghubungi’ terlebih dahulu menggunakan apa juga cara sebelum melahirkan Kass ke dunia ini.

Dia juga tidak menerima apabila 2 orang tua terbabit tidak bertanya dahulu sama ada si anak mahu dilahirkan atau tidak.

Sebab tu saya nak jadi pakar psikiatri…Zaman sekarang banyak pelanggan

@isatandstared Replying to @JCNCLP ♬ original sound – Kass Theaz

Meninjau ke video yang sudah meraih 3 juta jumlah tontonan ini, ribuan netizen tergamam dan memberikan respon berbeza-beza apabila mendengar keluhan Kass.

Ada juga yang masih tertanya adakah perkara ini benar atau sebaliknya.

Mengetahui kisah berkenaan, ada yang berseloroh mahu menjadi pakar psikiatri lantaran semakin ramai individu bercelaru di zaman sekarang.

BACA:

Kelantan FC didakwa tak bertanggungjawab, Zamsaham dedah punca sebenar kenapa gaji pemain tertunggak

“Nasib bukan sungai di Malaysia, kalau tak dah ‘terjojol’ mata masing-masing”, Anak Azhar Sulaiman buat hal lagi!